In Solidarity: Valley Of Hope Carnival

valley of hope carnival

 

Lost Generation Space is a part of the group that in support of and involve as co-organizer in the carnival. To be specific, lostgen space will have its own ‘cultural performance’ slot on 9th December 2007, Sunday from 1pm to 3pm. We still open participation for people, friends, artist, poets, folk singer, etc to participate and get involve in the festival and share your precious time with the resident there. Anybody want to take part can call poodien at 013 243 7092 or Yeoh at 019 683 8397 . tq!

 

 

 

—————————————————————————————–
Pada 8 dan 9 Disember 2007 ini, Sabtu dan Ahad, satu rangkaian solidariti bernama ‘Valley of Hope Solidarity Group’ akan mengendalikan satu karnival ‘ I Love Valley Of Hope’ yang akan di isi dengan pelbagai acara termasuk forum, tayangan filem, penerangan, pameran, pertandingan lukisan untuk kanak-kanak dan persembahan budaya. Ia satu karnival yang di rancang sebagai satu tindakbalas terhadap kes perobohan sebahagian daripada Pusat Pengasingan Kusta di Sungai Buloh yang sudah berdiri disana selama 77 tahun untuk memberi laluan kepada pembinaan Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) (!). Tindakan ini telah merosakkan dan menafikan sumbangan besar tempat ini daripada segi penemuan perubatan dunia, dan yang seharusnya menjadi satu daripada warisan nasional negara. Daripada masa ia didirikan, 1930, Pusat ini adalah pusat pengasingan kusta terbesar dalam Empayar British dan kedua terbesar di dunia. Ia dilengkapi dengan peralatan perubatan tercanggih ketika itu dan perancangan penduduk yang megikut prinsip ‘bandar dalam taman’. Selepas beberapa tahun kemudian, ia menjadi pusat kajian terpenting untuk penyakit kusta. Kerajaan telah mengumumkan perancangan untuk menjadikan pusat ini sebagai warisan nasional, tetapi sebelum keputusan diumumkan, dengan tanpa makluman awal kepada penduduk, ia telah dirobohkan sebahagiannya oleh pemaju pada awal September lepas.
Ramai yang mungkin tidak mengetahui kewujudan tempat ini ekoran stigma terhadap penyakit/pesakit kusta sebelum ini yang mungkin sama hebatnya seperti stigma dan diskriminasi terhadap pesakit AIDS. Pusat ini menjadi tanda penting dalam sejarah Malaysia dalam hubungan perubatan, perancangan penempatan, senibina dan aspek sosial budaya. Penemuan dan penjelajahan kembali tempat ini bagaikan sebuah kawasan ‘silam’ moden yang boleh dipelajari dan diterjemah atas bagaimana sebuah dunia yang terasing di rancang, distrukturkan dan diberi fungsi oleh sekumpulan manusia, menyokong kehidupan sendiri secara sosial, budaya dan ekonomi yang terpisah terus dari masyarakat perdana.

 

Permintaan yang memerlukan perhatian segera!

 

Lost Generation Space menjadi sebahagian daripada badan atau kumpulan seni yang turut serta menyokong dan terlibat dalam karnival ini. Dengan lebih terperinci, Lostgen space akan mengambil slot terakhir pada 9 Disember 2007, Ahad dari pukul 1 tengahari sehingga 3 petang atas nama persembahan budaya (cultural performance). Di sini, ingin di nyatakan, dalam masa yang rapat ini, kami di lostgen masih lagi membuka penyertaan seniman-seniman, pemuisi, teman-teman, independent artist, untuk turut serta bersama penduduk dan berkongsi rasa pada masa karnival.

 

hubungi: 013 243 7092 (poodien) atau 019 683 8397 (Yeoh)

 

maklumat lanjut mengenai karnival pergi ke: valleyofhope.blogspot.com

~ by lostgenspace on December 7, 2007.

Leave a comment